Pages

Thursday, April 21, 2011

Pemuda PBB - HILANG KEPERCAYAAN KPD FADILLAH




KETUA PEMUDA KIDURONG MELETAK JAWATAN BERSAMA 13 AJK PEMUDA CAWANGAN.

Sehari selepas pilihanraya umum Sarawak, politik tanah air dikejutkan dengan berita perletakan jawatan oleh Sdr Jeferi John bersama dgn 13 orang exco beliau.
Paling mengejutkan lagi apabila desas desus mengatakan perletakan jawatan secara beramai ramai ini kerana hilang kepercayaan dengan Ketua Pemuda PBB Negeri YB Datuk Fadillah Yusof yang didakwa gagal menjaga kebajikan pemuda peringkat cawangan. 
Alasan mereka adalah semasa konvensyen Pemuda PBB di BCCK awal mac tahun lepas Ketua Pemuda beria ia sangat melaungkan “ TRANFORMASI RAKYAT UNTUK MENCAPAI EKONOMI BERPENDAPATAN TINGGI” dan juga berjanji untuk memperkasa ekonomi pemuda, semuanya hanya janji sepertimana juga janji janji pembangkang pada pilihanraya tetapi tidak pernah ditunaikan. 
Fadillah juga menurut mereka pernah berjanji yang sama semasa pertama kali menjawat jawatan itu semasa konvensyen di Miri sebelum ini.  Beliau mengatakan akan mempertingkatkan ekonomi pemuda termasuk peringkat cawangan dan ranting.
Perletakan jawatan pemuda Kidurong nampaknya mendapat sokongan beberapa ahli pemuda dari cawangan lain yang turut serta menyatakan ketidapuasan hati mereka atas corak kepimpinan Fadillah. 

Fadillah dikatakan lembik, lambat bertindak dan tidak tetap dengan keputusan, sentiasa bergantung dengan exco dan orang bawahan untuk membuat keputusan.  Jani memperkasa ekonomi pemuda hanya laungan semata mata tapi menurut sumber dari pemuda beliau mendapat banyak projek projek pusat melalui syarikat abangnya Hj Bustari dengan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Pemuda PBB dan BN Sarawak. Setiap kali ada pemuda yang meminta sokongan projek beliau akan memberi pelbagai alasan dan berdalih.
Ramai pemuda sudah hilang kepercayaan kepada beliau cuma ada yang berani bersuara dan masih ramai yang mengambil sikap berdiam diri kerana tidak mahu dicop sebagai melawan ketua.  Keberanian pemuda cawangan Kidurong telah mendapat pujian ramai sehingga banyak pemuda bersetuju dan menyokong tindakan mereka. 

Menurut ahli ahli exco yang lama atau bekas exco seangkatan Fadillah, sememangnya Fadilah sangat lemah dari segi kepimpinan dari dulu lagi, beliau naik hanya kerana abang beliau di belakang kerana terkenal banyak wang. 

Ramai kalangan kawan kawan exco atau ahli parti yang tertipu dengan kata kata Fadillah, beliau akan berpura pura mahu menolong tetapi tindakan beliau adalah di sebaliknya. Menurut sumber kawan baik beliau satu ketika dulu YB Karim pun pernah tertipu apabila mereka sama sama melobi projek membina sekolah. Setelah mendapat 11 buah sekolah, YB Karim hanya diberi 200k sahaja, sedangkan nilai satu sekolah yang dibina melebihi 100-120k. Itu yang menyebabkan hubungan mereka semakin renggang sehingga pada konvensyen yang lepas YB Karim mahu mencabar Fadillah sebagai Ketua Pemuda. Fadillah bernasib baik apabila Karim yang taat setia mendengar nasihat Presiden supaya memberi peluang sekali lagi kepada Fadillah. Kalaulah berlaku pertandingan, Fadillah akan kalah teruk kerana di kalangan pemuda cawangan ramai penyokong Karim. 

Tuesday, March 8, 2011

KETUA PEMUDA PBB BARU---Abu Bekir Taib ???

                     


DATUK SERI ABU BEKIR TAIB 
BAKAL KETUA PEMUDA PBB?




SAH!   Datuk Seri Abu Bekir Taib akan menjadi calon untuk pilihanraya dewan undangan negeri bagi kerusi Sadong Jaya. Lebih 200 penduduk Sadong Jaya telah menghantar memorendum menyatakan permintaan serta sokongan mereka agar Datuk Seri Abu Bekir Taib setuju untuk menjadi calon seterusnya wakil rakyat mereka.




Sunday, February 20, 2011

ANAK MUDA YG BERJAYA - BAKAL MP SIBUTI

SPY JEBON 
Hasil risikan Spy Jebon ----di peringkat ahli ahli PBB terutama kalangan pemuda bahawa Ripin Lamat memang layak menggantikan YB Hj Ahmad Lai, sepatutnya beliau yang menjadi Calon ( bukannya Hj Ahmad Lai)  semasa pilihanraya umum ke12 dulu kerana beliau adalah anak tempatan di Bekenu dan juga dikenali ramai. Nama beliau sudah menjadu buah mulut bakal menjadi calon ketika itu tetapi memandangkan beliau mendapat tentangan daripada ahli ahli cawangan sendiri terutama Jemali Basri, Cr Annuar, Yusof Sual dan lain lain lagi maka terpaksa menyerah kalah kepada Hj Ahmad Lai.  Ripin mendapat tahu dari kawan rapat beliau di pejabat Ketua Menteri bahawa Hj Ahmad lai cuma untuk satu penggal sahaja.

Sekarang ini Ripin Lamat sudahpun mengatur langkah di segenap pelusuk kawasan Sibuti sebagai persediaan untuk beliau mengambil alih daripada YB Hj Ahmad Lai.  Rakan rakan beliau juga begitu optimis yang Ripin akan menjadi calon. Kata mereka Hj Ahmad lai kurang sihat dan perlu berehat. Tahun lepas Ahmad Lai telah pengsan di Parlimen selepas makan durian. Itulah sebabnya ramai rakan Ripin sekarang sedang giat bergerak di kawasan apalagi dengan sokongan dari pemuda negeri, kerana ripin juga ahli exco pemuda Pbb negeri Sarawak.

Menurut rakan rakan pemuda di Bekenu, YB Hj Ahmad Lai sudah kurang ummph! di Bekenu kerana gagal melaksanakan dan menunaikan permohonan projek untuk rakyat malah Ripin Lamat lash yang banyak membawa projek projek ke kawasan Sibuti seperti Air, Jalan dab bekalan Elektrik.  Ini kerana Ripin sangat rapat dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shaffiee Afdal.
Ripin juga dikatakan antara calon yang mendapat tempat dan menjadi pilihan daripada pemuda yang akan dicalonkan sepertimana yang dikatakan oleh Ketua Pemuda PBB Datuk Fadillah Yusof bahawa pemuda telah menghantar nama beberapa calon untuk bertanding kali ini
Ripin Lamat adalah calon terbaik untuk  Sibuti..

ps/ walaupun meminati ripin tapi spy jebon malu kalau berjumpa anak muda ini, beliau juga pemalu..
Spy jebon pernah nak mohon masuk persatuan kedayan miri, borang dah ambil tapi tak hantar lag, kih kih kih


UMNO Sarawak

Ripin yang berwawasan

Dia bukan sekadar umpama Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, tetapi kerana wawasan dan pandangan jauhnya, Ripin Lamat sebenarnya umpama wakil rakyat.


Aktif dalam membantu rakyat di kawasannya dan menjadi mata-telinga Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di kawasannya, sudah pasti dia mulia budi pekerti.

Dilantik menjadi Setiausaha Politik pada 7 Mei 2009, dia yang berusia 41 tahun sebenarnya mempunyai asas yang kukuh untuk menceburi karier politik.

Pehin Sri Taib pastinya telah memilih setiausaha politik yang tepat kerana mempunyai wawasan sejajar dengan agenda Politik Pembangunan.

Tidak keterlaluan jika dikatakan Ripin berupaya dicalonkan sebagai wakil rakyat sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri kelak apabila 'senior-seniornya' di kawasan tersebut berundur.

Dia, ahli jawatankuasa Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), bijak dalam mengetengahkan peranan atau Barisan Nasional (BN).

Ripin yang dilahirkan dalam keluarga keturunan Kedayan berasal dari Kampung Tiris, Bekenu, Miri.


Pemegang Diploma Perhutanan dari Universiti Putra Malaysia (dahulu Universiti Pertanian Malaysia) pada 1994, Ripin bekerjasama rapat dengan pucuk pimpinan Pemuda PBB.

Ini adalah untuk memastikan perancangan dan agenda parti, terutama Pemuda PBB, sampai ke peringkat akar umbi. Dalam konteks ini, amat bertuah Pemuda PBB memiliki ahli jawatankuasa yang sedemikian rupa.

Ucapan penghargaan terhadap Pehin Sri Taib ketika mula-mula dilantik sebagai Setiausaha Politik satu ketika dahulu nampaknya diabadikan Ripin dalam bentuk tindakan.

Iltizam untuk memberi perkhidmatan terbaik sama ada kepada BN dan juga rakyat Sarawak nampaknya tidak sia-sia.

Dia ketika dilantik dipetik sebagai berkata:

"Pelantikan ini tidak akan menjejaskan tugas saya sebagai wakil rakyat dan akan terus berbakti kepada masyarakat di kawasan saya."

"Dulu sebagai rakyat, saya mengharapkan pemimpin yang dilantik membantu rakyat dan kini apabila menjadi pemimpin kita memahami keperluan rakyat dan kita akan bersama mereka pada masa susah dan senang," katanya yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Kedayan Miri

Sunday, February 13, 2011

SPR DAFTAR PENGUNDI SECARA AUTOMATIK?

SPR PERLU DAFTAR SECARA AUTOMATIK
KUALA LUMPUR, 14 Feb: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyokong penuh cadangan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik menggantikan sistem konvesional yang sedang digunakan pada masa kini.

“DPPP sebenarnya telah lama mengutarakan isu ini bagi menyelesaikan banyak masalah dan ketempangan yang berlaku dalam sistem pilihan raya di dalam negara,” kata ketuanya, Nasrudin Hasan At-Tantawi.
Katanya, selain daripada melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik, DPPP mengharapkan agar tuntutan undi pos dimansuhkan, daftar pemilih dibersihkan, penggunaan dakwat kekal digunakan dan akses media yang adil kepada semua pai-parti politik turut diberi perhatian oleh pihak SPR.

DPPP, ujarnya melihat alasan yang dikemukakan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof tidak cukup kuat dan ia sebenarnya boleh diatasi sekiranya SPR bersungguh-sungguh hendak merealisasikan pembaharuan tersebut.
Secara praktikalnya, tambah beliau apabila pendaftaran pengundi secara automatik dilaksanakan ia sama sekali tidak menunjukkan SPR memaksa rakyat untuk mengundi.
“Apakah item yang menunjukkan paksaan ke atas rakyat untuk mengundi sekiranya kaedah ini dilaksanakan perlu dijelaskan dengan lebih terperinci oleh SPR?” katanya.
Tambahnya, tidak perlu pun sehingga terpaksa menggubal undang-undang yang mewajibkan setiap individu itu mengundi kerana SPR hanya perlu melayakkan mereka untuk mengundi secara automatik, bukannya mewajibkan mereka mengundi.

DPPP, ujarnya lagi bersetuju ada kemungkinan peratusan keluar mengundi lebih rendah sekiranya ia dilaksanakan, tetapi apa bezanya dengan peratusan yang tinggi tetapi bilangan yang keluar mengundi itu lebih kurang sama.
Katanya, tidak ada guna peratusan itu diwar-warkan tinggi sedangkan hakikatnya bilangan orang keluar mengundi itu kurang kerana apa yang penting perlu menggalakan orang keluar mengundi lebih ramai dengan memudahkan proses tersebut.
“Sekiranya ada perbezaan alamat bermastautin dan alamat di dalam kad pengenalan, DPPP melihat masalah ini telah pun berlaku pada hari ini dan ia memang perlu diselesaikan,” ujarnya.
Soalnya, ujar beliau bagaimanakah boleh berlaku kekeliruan pada hari mengundi sedangkan SPR telah menentukan tempat pengundi untuk setiap pengundi dan pengundi boleh menyemak status tersebut sebelum hari mengundi lagi.
Menurutnya, di dalam sistem konvesional yang diamalkan pada hari ini pun SPR telah bekerjasama dengan JPN bagi menentukan alamat di dalam borang pendaftaran pemilih selari dengan alamat di dalam kad pengenalan dan kenapa tidak untuk melaksanakan pendaftaran automatik.
SPR, kata beliau lagi hanya perlu bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menentukan kelayakan status mengundi mengikut umur.
“DPPP tidak menafikan, perlaksanaan ini mungkin memerlukan kepada beberapa pindaan peraturan undang-undang, kerja-kerja teknikal, wang dan tenaga yang banyak.
“Tetapi demi untuk melihat proses demokrasi berjalan lancar ia bukan alasan untuk SPR menangguhkan pembaharuan ini,” katanya.

Beliau berkata, usaha perlu dimulakan dan kesungguhan perlu ditunjukkan, bukan hanya bermain dengan alasan semata-mata yang hanya melambatkan proses itu.
“Diharap dengan persetujuan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta pandangan positif oleh Timbalan Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah perkara ini boleh direalisasikan oleh SPR dan pembaharuan segera dilaksanakan bagi melicinkan proses demokrasi dalam negara,” katanya.

Sunday, January 23, 2011

PERGURUAN SILAT JADI KUMPULAN GANGSTER

inikah orangnya????
 Seni silat pada asalnya adalah untuk mempertahankan diri, selain untuk memantapkan tahap disiplin, sepertimana yang terkandung dalam falsafah budaya melayu.

Hari ini mungkin berbeza, seni silat seolah tidak lagi untuk tujuan yang sama. Sebaliknya turut berfungsi sebagai pemusnah kehidupan orang lain, melepaskan perasaan hasad dengki dan dendam kesumat. Malah untuk mengautkan keuntungan peribadi.

Siapa tidak kenal Hj Haneef, ketua seni silat helang putih di Kuching. beliau sanggup menerima bayaran dari Mohd Yusnar Mentali dan mengupah 3 orang anak didik untuk memukul seorang pemimpin PBB.

Kisah seorang pemimpin PBB dibelasah 3 lelaki, telah tersiar dalam media tempatan. Laporan polis juga telah dibuat oleh mangsa, Dan difahamkan pihak polis sedang mencari 3 individu yang tersebut.

PERSOALANNYA

1. Adakah persatuan silat boleh dipergunakan sebagai jentera membelasah dan memukul orang lain tanpa sebab?

2. Bolehkah persatuan silat digunakan untuk mengaut keuntungan bagi pihak ketuanya? Kerana persatuan seni silat tersebut telah memohon dana dari kerajaan untuk membiaya aktiviti mereka.

3. Bukankah dana yang diberi kerajaan turut digunakan untuk membayar yuran tukang pukul?

Apakah pihak polis akan menahan individu yang terlibat, atau sekadar bersandiwara dengan skrip lama. “kes terpinggir, masih dalam siasatan…bla bla bla…

Lebih penting, Apakah perguruan seni silat tersebut sudah tidak bermoral dan bebas berlagak seperti gangster ?

Sebenarnya, memang sudah ada ahli seni silat yang menganggap mereka lebih berkuasa, dari pihak yang berkuasa.

Saturday, January 22, 2011

PERSB Umumkan Calon-Calon Untuk Kerusi DUN Sarawak.

sumber: belagakini.wordpress.com

Bintulu (22.01.2011) Bertempat di Hotel Plaza Regency Bintulu, PERSB mengumumkan nama 36 calon yang akan mewakili parti itu dalam pilihanraya DUN Sarawak yang bakal diadakan tidak berapa lama lagi. Manakala baki 35 kerusi lagi akan diumumkan dalam majlis-majlis yang bakal diadakan dibeberapa tempat di seluruh negeri Sarawak.

Dalam majlis yang sama juga PERSB mengumumkan 12 agenda teras yang akan diperjuangkan oleh parti itu, jika mereka berjaya membentuk kerajaan negeri yang baru.-berita lengkap akan menyusul.

Teen assaulted for being ‘kurang ajar’

sekadar gambar hiasan 
KUCHING: A 13-year-old boy required two stitches to close a wound on his head after he was attacked by a man for allegedly being ill-mannered on Thursday.

The incident happened around 7pm in Kampung Gita when the teen encountered a 20-something man while making his way to a sundry shop near his house.

The boy’s mother told reporters the man had accused her son of being ‘kurang ajar’ (ill-mannered) before slamming the youngster’s head against a padlock attached to the door of a shop house.

She added she was shocked when her son arrived back home with a gash on his head and his shirt covered in blood and immediately brought him to hospital for treatment.

According to her, she knew the identity of the person responsible and said he was a ‘bully’ from Kampung Tabuan Melayu who frequently stayed over at a relative’s house in Kampung Gita.

“If he said my son was ‘kurang ajar’, then leave it to me to ‘ajar’ my child. I don’t need his ‘help’,” she said