Pages

Thursday, April 21, 2011

Pemuda PBB - HILANG KEPERCAYAAN KPD FADILLAH




KETUA PEMUDA KIDURONG MELETAK JAWATAN BERSAMA 13 AJK PEMUDA CAWANGAN.

Sehari selepas pilihanraya umum Sarawak, politik tanah air dikejutkan dengan berita perletakan jawatan oleh Sdr Jeferi John bersama dgn 13 orang exco beliau.
Paling mengejutkan lagi apabila desas desus mengatakan perletakan jawatan secara beramai ramai ini kerana hilang kepercayaan dengan Ketua Pemuda PBB Negeri YB Datuk Fadillah Yusof yang didakwa gagal menjaga kebajikan pemuda peringkat cawangan. 
Alasan mereka adalah semasa konvensyen Pemuda PBB di BCCK awal mac tahun lepas Ketua Pemuda beria ia sangat melaungkan “ TRANFORMASI RAKYAT UNTUK MENCAPAI EKONOMI BERPENDAPATAN TINGGI” dan juga berjanji untuk memperkasa ekonomi pemuda, semuanya hanya janji sepertimana juga janji janji pembangkang pada pilihanraya tetapi tidak pernah ditunaikan. 
Fadillah juga menurut mereka pernah berjanji yang sama semasa pertama kali menjawat jawatan itu semasa konvensyen di Miri sebelum ini.  Beliau mengatakan akan mempertingkatkan ekonomi pemuda termasuk peringkat cawangan dan ranting.
Perletakan jawatan pemuda Kidurong nampaknya mendapat sokongan beberapa ahli pemuda dari cawangan lain yang turut serta menyatakan ketidapuasan hati mereka atas corak kepimpinan Fadillah. 

Fadillah dikatakan lembik, lambat bertindak dan tidak tetap dengan keputusan, sentiasa bergantung dengan exco dan orang bawahan untuk membuat keputusan.  Jani memperkasa ekonomi pemuda hanya laungan semata mata tapi menurut sumber dari pemuda beliau mendapat banyak projek projek pusat melalui syarikat abangnya Hj Bustari dengan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Pemuda PBB dan BN Sarawak. Setiap kali ada pemuda yang meminta sokongan projek beliau akan memberi pelbagai alasan dan berdalih.
Ramai pemuda sudah hilang kepercayaan kepada beliau cuma ada yang berani bersuara dan masih ramai yang mengambil sikap berdiam diri kerana tidak mahu dicop sebagai melawan ketua.  Keberanian pemuda cawangan Kidurong telah mendapat pujian ramai sehingga banyak pemuda bersetuju dan menyokong tindakan mereka. 

Menurut ahli ahli exco yang lama atau bekas exco seangkatan Fadillah, sememangnya Fadilah sangat lemah dari segi kepimpinan dari dulu lagi, beliau naik hanya kerana abang beliau di belakang kerana terkenal banyak wang. 

Ramai kalangan kawan kawan exco atau ahli parti yang tertipu dengan kata kata Fadillah, beliau akan berpura pura mahu menolong tetapi tindakan beliau adalah di sebaliknya. Menurut sumber kawan baik beliau satu ketika dulu YB Karim pun pernah tertipu apabila mereka sama sama melobi projek membina sekolah. Setelah mendapat 11 buah sekolah, YB Karim hanya diberi 200k sahaja, sedangkan nilai satu sekolah yang dibina melebihi 100-120k. Itu yang menyebabkan hubungan mereka semakin renggang sehingga pada konvensyen yang lepas YB Karim mahu mencabar Fadillah sebagai Ketua Pemuda. Fadillah bernasib baik apabila Karim yang taat setia mendengar nasihat Presiden supaya memberi peluang sekali lagi kepada Fadillah. Kalaulah berlaku pertandingan, Fadillah akan kalah teruk kerana di kalangan pemuda cawangan ramai penyokong Karim. 

2 comments:

RB said...

http://rajahbinai.blogspot.com/2011/04/sampai-13-orang-pemuda-pbb-kidurong.html

kalau mengharapkan projek semata-mata memang tak bagus juga,

tapi kalau dah sampai setiap aktiviti tak dapat bantuan,asyik pakai duit sendiri kontang jugak,sedangkan orang lain dapat lebih buat kerja sikit.kan kan kan?

kuchingitam said...

lawak ada juak,serius ada juak...mun nak buka pekung di dada kenak si bukak terus.jangan setengah2...biar sidak PR tauk yang pemuda pbb tok hanya cari projek dalam pbb.bukan untuk memberi sumbangan.....fikir-fikirkan ...jangan hanya kepentingan seseorang maka KP di salahkan.

Post a Comment