Pages

Sunday, February 20, 2011

ANAK MUDA YG BERJAYA - BAKAL MP SIBUTI

SPY JEBON 
Hasil risikan Spy Jebon ----di peringkat ahli ahli PBB terutama kalangan pemuda bahawa Ripin Lamat memang layak menggantikan YB Hj Ahmad Lai, sepatutnya beliau yang menjadi Calon ( bukannya Hj Ahmad Lai)  semasa pilihanraya umum ke12 dulu kerana beliau adalah anak tempatan di Bekenu dan juga dikenali ramai. Nama beliau sudah menjadu buah mulut bakal menjadi calon ketika itu tetapi memandangkan beliau mendapat tentangan daripada ahli ahli cawangan sendiri terutama Jemali Basri, Cr Annuar, Yusof Sual dan lain lain lagi maka terpaksa menyerah kalah kepada Hj Ahmad Lai.  Ripin mendapat tahu dari kawan rapat beliau di pejabat Ketua Menteri bahawa Hj Ahmad lai cuma untuk satu penggal sahaja.

Sekarang ini Ripin Lamat sudahpun mengatur langkah di segenap pelusuk kawasan Sibuti sebagai persediaan untuk beliau mengambil alih daripada YB Hj Ahmad Lai.  Rakan rakan beliau juga begitu optimis yang Ripin akan menjadi calon. Kata mereka Hj Ahmad lai kurang sihat dan perlu berehat. Tahun lepas Ahmad Lai telah pengsan di Parlimen selepas makan durian. Itulah sebabnya ramai rakan Ripin sekarang sedang giat bergerak di kawasan apalagi dengan sokongan dari pemuda negeri, kerana ripin juga ahli exco pemuda Pbb negeri Sarawak.

Menurut rakan rakan pemuda di Bekenu, YB Hj Ahmad Lai sudah kurang ummph! di Bekenu kerana gagal melaksanakan dan menunaikan permohonan projek untuk rakyat malah Ripin Lamat lash yang banyak membawa projek projek ke kawasan Sibuti seperti Air, Jalan dab bekalan Elektrik.  Ini kerana Ripin sangat rapat dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shaffiee Afdal.
Ripin juga dikatakan antara calon yang mendapat tempat dan menjadi pilihan daripada pemuda yang akan dicalonkan sepertimana yang dikatakan oleh Ketua Pemuda PBB Datuk Fadillah Yusof bahawa pemuda telah menghantar nama beberapa calon untuk bertanding kali ini
Ripin Lamat adalah calon terbaik untuk  Sibuti..

ps/ walaupun meminati ripin tapi spy jebon malu kalau berjumpa anak muda ini, beliau juga pemalu..
Spy jebon pernah nak mohon masuk persatuan kedayan miri, borang dah ambil tapi tak hantar lag, kih kih kih


UMNO Sarawak

Ripin yang berwawasan

Dia bukan sekadar umpama Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, tetapi kerana wawasan dan pandangan jauhnya, Ripin Lamat sebenarnya umpama wakil rakyat.


Aktif dalam membantu rakyat di kawasannya dan menjadi mata-telinga Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di kawasannya, sudah pasti dia mulia budi pekerti.

Dilantik menjadi Setiausaha Politik pada 7 Mei 2009, dia yang berusia 41 tahun sebenarnya mempunyai asas yang kukuh untuk menceburi karier politik.

Pehin Sri Taib pastinya telah memilih setiausaha politik yang tepat kerana mempunyai wawasan sejajar dengan agenda Politik Pembangunan.

Tidak keterlaluan jika dikatakan Ripin berupaya dicalonkan sebagai wakil rakyat sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri kelak apabila 'senior-seniornya' di kawasan tersebut berundur.

Dia, ahli jawatankuasa Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), bijak dalam mengetengahkan peranan atau Barisan Nasional (BN).

Ripin yang dilahirkan dalam keluarga keturunan Kedayan berasal dari Kampung Tiris, Bekenu, Miri.


Pemegang Diploma Perhutanan dari Universiti Putra Malaysia (dahulu Universiti Pertanian Malaysia) pada 1994, Ripin bekerjasama rapat dengan pucuk pimpinan Pemuda PBB.

Ini adalah untuk memastikan perancangan dan agenda parti, terutama Pemuda PBB, sampai ke peringkat akar umbi. Dalam konteks ini, amat bertuah Pemuda PBB memiliki ahli jawatankuasa yang sedemikian rupa.

Ucapan penghargaan terhadap Pehin Sri Taib ketika mula-mula dilantik sebagai Setiausaha Politik satu ketika dahulu nampaknya diabadikan Ripin dalam bentuk tindakan.

Iltizam untuk memberi perkhidmatan terbaik sama ada kepada BN dan juga rakyat Sarawak nampaknya tidak sia-sia.

Dia ketika dilantik dipetik sebagai berkata:

"Pelantikan ini tidak akan menjejaskan tugas saya sebagai wakil rakyat dan akan terus berbakti kepada masyarakat di kawasan saya."

"Dulu sebagai rakyat, saya mengharapkan pemimpin yang dilantik membantu rakyat dan kini apabila menjadi pemimpin kita memahami keperluan rakyat dan kita akan bersama mereka pada masa susah dan senang," katanya yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Kedayan Miri

0 comments:

Post a Comment